Friday, August 3, 2012

Memancing & Kekeluargaan

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya ingin minta maaf kerana blog ini selama ini masih kosong tanpa isi. Bukannya apa, malu nak cerita yang sebenarnya penulis baru nak berjinak-jinak dengan blog. Sedang bertatih menuls blog pada lewat usia. Maklum lah zaman penulis remaja dulu mana ada semua ni. Kot ada pun masa zaman belajar di USM dulu. Itu pun komputer skrin warna hijau macam warna "incredible hulk". Nak menghadap komputer 10 minit pun dah tak sanggup, tu yang tak berapa pandai berkomputer sampai sekarang ni.

Masuk kisah memancing lah, sebab tajuk blog ni pun berkaitan dengan hal pancing. Penulis bukan lah orang yang mahir memancing sebenarnya, tapi kalau cerita minat, rasanya inilah minat utama penulis.

Kata orang yang tak berminat tentang memancing, aktiviti ni membuang masa,buang duit, jadi punca bergaduh suami isteri, dan macam-macam lagi lah. Memang ada benarnya, tapi tak lah keseluruhannya benar. Kalau si pemancing terlalu ekstrem dengan aktiviti ini sampai lupa tanggungjawab, tak di nafikan hal yang disebutkan mungkin terjadi. Tapi kalau si pemancing bersederhana, dan pandai membahagi masa, rasanya hal tersebut boleh dielakkan.

Pada penulis, bila dah bekeluarga, aktiviti memancing boleh dijadikan satu medium untuk mempereratkan lagi hubungan kekeluargaan. Maksudnya antara ayah, ibu dan anak-anak,boleh menikmati keseronokkan memancing bersama-sama tetapi kena ada kesepakatan antara kesemuanya. Berkongsi keriangan lah dengan erti lainnya.

Ni penulis nak kongsi gambar-gambar yang sempat dirakam masa penulis dan keluarga kecil penulis memancing di tebing sungai dekat dengan tempat tinggal penulis. Sungai ini kalau kena gayanya banyak udang galah, adalah juga ikan sebarau, baung, lampam, patin, karp rumput, rohu dan macam-macam lagilah. Asalnya, Sungai ni tak ujud, tapi masa zaman orang putih memerintah, di gali dengan tenaga manusia, buat terusan untuk pengairan tanaman padi. Mulanya tak lebar mana, lama-lama dah jadi selebar sekarang, sesuai untuk habitat ikan air tawar, sebab banyak rumput dan semak.

Kalau rajin pasang taut, ikan belida, baung, kaloi pun boleh sangkut. Udang galah nya tahap jenggo, penulis selalu juga dapat, tapi memancingnya kena sabar.....Umpannya, alaah..cacing tanah
jer pun. Kalau baung, elok pakai umpan anak ikan seluang yang boleh di sauk kat tepi-tepi sungai ni. Kalau dapat udang hidup pun cantik juga.

Penulis pernah nampak, ada penduduk tempatan yang memasang taut (tajur), pakai umpan anak ikan lampam, dapat ikan kaloi 27kg. Berpeluh jugak nak menaikkan ke darat. Rezeki dia lah tu. Penulis juga pernah nampak depan mata, kawan penulis gak, orag Meru, naikkan sebarau 1kg pakai pancing udang je. Umpannya anak ikan seluang. Handal betul. Pancing udang dapat sebarau.

Eh mana gambar ni, ok ok...seperti yang dijanjikan....




Penat memancing, hasil tangkapan kurang memberangsangkan, namun itulah adat memancing, namun yang pentingnya hari tersebut dapatlah kami sekeluarga menghabiskan masa bersama. Masa yang amat berkualiti bersama keluarga. Kami berkongsi minat, dapat mengeratkan aktiviti kekeluargaan, itulah sebenarnya motif penulis.

Nampaknya, sekian dulu lah nukilan penulis, lain masa di kesempatan yang akan datang, akan penulis muat naikkan foto-foto lain aktiviti memancing yang penulis sertai untuk tatapan pembaca sekalian.Wassalam